Skip to main content

Makanan Tradisional di Malaysia

Malaysia amat kaya dengan makanan tradisionalnya yang membuatkan para penduduk tempatan serta pelancong lebih tertarik dengan negara ini. Terdapat beberapa makanan tradisional di Malaysia yang popular seperti nasi lemak, lemang, otak-otak, kuih bulan, zong zi, kuih bakul, murukku, roti canai, dan tosai.

Makanan Tradisional Kaum Melayu


NASI LEMAK

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.


LEMANG

Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.


OTAK-OTAK
Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di Malaysia iaitu “Otak-otak Terengganu” dan “Otak-otak Johor.”Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai ‘spring roll’. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia  lebih enak dimakan ketika masih panas.

Makanan Tradisional Kaum Cina


KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat  cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.



ZONG ZI

Zongzi atau biasa disebut Ba Tzang adalah makanan tradisional Tiongkok yang terbuat dari beras ketan dan dibungkus dengan daun bambu. Zongzi biasa disajikan pada tradisi perayaan Duanwu atau Festival Perahu Naga yang jatuh pada bulan ke lima Imlek untuk memperingati wafatnya Qu Yuan, seorang penyair dari zaman kerajaan Chu. Menurut legenda, Qu Yuan gagal memperingati kaisar dan para pejabat istana untuk menghentikan perang saudara yang sedang terjadi kala itu. Qu Yuan lalu membuat puisi yang berisikan kesedihan dan kekhawatirannya terhadap peperangan di tanah air mereka. Setelah puisi itu selesai, ia melompat ke sungai Miluo. Orang-orang mencuba menyelamatkannya dengan melempari bungkusan-bungkusan nasi dengan maksud memberi makan para ikan agar mereka tidak memakan mayat Qu Yuan. Nah, bungkusan-bungkusan nasi itulah yang kemudian dikenal dengan nama Zongzi atau Ba Tzang.


KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao ialah makanan cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian gao” di mana perkataan gāo berbunyi sama dengan perkataan yang bermaksud ‘tinggi’ melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kontonis dari Guangdong.


Kuih Tradisional Kaum India



MURUKKU

Murukku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Murukku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai/Urad dhal dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.



ROTI CANAI

Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.


TOSAI

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Comments

Popular posts from this blog

Tokoh Sukan Di Malaysia

 TOKOH SUKAN DI MALAYSIA 1) MOHAMMAD FAIZ SUBRI Mohd Faiz Subri (lahir pada 8 November 1987) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang beraksi bersama Pulau Pinang sebagai pemain tengah (Attacking Midfielder) atau Penyerang (Striker). Faiz dilahirkan dan dibesarkan di Air Hitam Kedah. Beliau mempunyai 5 orang adik beradik dan dia adalah yang ketiga. Tanggal 10 Januari 2017 Malaysia telah berjaya memahat nama di arena bola sepak dunia dengan kemenangan Mohd Faiz Subri di anugerah FIFA PUSKAS Award 2016. Nama Mohd Faiz Subri kini terpahat dalam sejarah bola sepak dunia apabila pemain Pulau Pinang ini berjaya merangkul Anugerah Puskas 2016 pada majlis Anugerah Bola sepak FIFA 2016 di Zurich, Switzerland. 2) DATO' LEE CHONG WEI Lee Chong Wei adalah pemain badminton profesional Malaysia yang terpuji persembahan dalam permainan selama bertahun-tahun telah dianugerah gelaran 'Dato' dan status seorang wira negara. Sepanjang ker

Kesenian di Malaysia

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) , seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain yang dicipta dengan bakat (kecekapan) hasil daripada sesuatu ciptaan. Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan (kehalusan). Kesenian adalah aspek-aspek yang diadakan untuk dipamer atau dipertontonkan kepada khalayak. Ia meliputi : - MUZIK - TARIAN - TEATER - ALAT MUZIK - KRAF TANGAN       1.     MUZIK : Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik teermasuk kaum majority Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di Negara lain. Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia. Antaranya:-                         i.          Gamelan ·       Gamelan diperkenalkan ketika zaman pemerinta

Pakaian Kebudayaan di Malaysia

MELAYU   Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangasaan lelaki melayu. Baju melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitubaju (kemeja lengan panjang) dan seluar serta dilengkapi dengan ssamping dan songkok. Baju melayu terdepat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju melayu biasnya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal dan sebagai pakaian adat.    Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita melayu. Baju kurung terbahagi kepada dua iaitu baju kurung lelaki dan baju kurung perempuan. Baju kurung lelaki juga dikenali sebagai baju melayu.ia menjadi pakaian rasmi untuk negara Malaysia dan Brunei, juga boleh didapatidi Indonesia, Singapura dan Thailand. CINA    Cheongsam atau disebut sebagai Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional. Nama cheongsam bererti “pakaian panjang” , diterjemahkan ke dalam Bahasa
Free MALAYSIA Cursors at www.totallyfreecursors.com